Pesawat ringan terhempas di kawasan kejiranan padat penduduk di ibu kota Kenya pada Khamis, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang, lapor Reuters memetik badan amal perubatan yang mengendalikannya.
Pesawat Cessna, dikendalikan oleh AMREF Flying Doctors, jatuh ketika ia terbang ke Hargeisa, ibu kota Somaliland, wilayah Somalia yang memisahkan diri, menurut Reuters memetik badan amal itu dalam satu kenyataan.
Pesawat itu dikatakan membawa empat penumpang apabila ia merempuh bangunan di pinggir bandar Githurai di timur laut Nairobi, Reuters memetik Citizen TV.
Menurut Reuters, sumber polis berkata sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.



