Penuntut wanita cedera dikelar bekas teman lelaki di universiti

SUBANG JAYA – Seorang pelajar sebuah universiti swasta di sini, cedera parah selepas dikelar pada bahagian leher dalam kejadian di universiti berkenaan, petang semalam.

Mangsa, yang juga penuntut warga asing berusia 20 tahun cedera parah di kiri leher selepas didakwa dikelar dengan pisau.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6.30 petang mengenai satu kejadian seorang lelaki warga asing berusia 21 tahun mencederakan teman wanitanya.

“Suspek yang juga bekas teman lelaki mangsa telah ditahan sejurus kejadian berlaku dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut sebelum ditempatkan di Zon Merah dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Wan Azlan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda merbahaya.

“Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama 10 tahun maksimum atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Fadizah Ajamin ditalian 019-8582166 bagi membantu siasatan dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju