Penceramah bebas direman, bantu siasatan tipu bina sekolah agama

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dua wanita mendakwa ditipu berhubung pembangunan sekolah agama dengan kerugian RM140,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis menerima laporan daripada dua mangsa berusia antara 30 hingga 40-an di Shah Alam dan Gombak, mendakwa menjadi mangsa penipuan suspek.

Kedua-dua mangsa adalah pemilik dan pengurus dua syarikat berlainan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata, kedua-kedua mangsa dikatakan mengenali suspek sebagai pendakwah bebas beberapa tahun lalu.

Mangsa pertama mendakwa melakukan tiga transaksi berjumlah RM60,000 pada Ogos dan September 2020 manakala mangsa kedua membayar RM80,000 pada 2019.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju