KUALA LUMPUR — Seorang pemuda dipercayai tergamak memukul ibunya di khalayak akhirnya ‘dikerjakan’ orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.
Kejadian itu menjadi perbualan selepas satu klip video berdurasi dua minit 33 saat memaparkan seorang lelaki ditangkap sekumpulan orang awam tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam video itu memaparkan seorang lelaki berbaju putih yang dikatakan mencederakan ibunya ditampar dan ditendang beberapa individu yang berang dengan tindakannya.
Turut kelihatan dalam video berkenan, seorang wanita berpakaian hitam dan tidak berselipar duduk menangis di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah di kepala berhampiran mata kirinya.
“Itu lu (kamu) punya mak, kau jangan tunjuk gangster dengan mak kau, kau faham tak apa aku cakap?!,” kata seorang lelaki yang berada di lokasi kejadian.
Video berkenaan juga memaparkan pemuda terbabit ‘dibasuh’ dalam dua bahasa, bahasa Malaysia dan Tamil oleh orang ramai yang berang selepas lelaki itu dikatakan memukul ibunya sendiri.
BH ONLINE