Aktivis dan pengulas sayap kanan Amerika Syaruikat (AS) Charlie Kirk, sekutu berpengaruh Presiden Donald Trump, maut ditembak di leher pada Rabu di sebuah acara di sebuah universiti di Utah, lapor Reuters.
“The Great, dan juga Legendary, Charlie Kirk, sudah mati. Tiada siapa yang memahami atau mempunyai Heart of the Youth di Amerika Syarikat lebih baik daripada Charlie. Dia disayangi dan dikagumi oleh SEMUA, terutama saya, dan kini, dia tidak lagi bersama kita,” Trump dilaporkan membuat catatan di media sosial.
Jurucakap Universiti Utah Valley dilaporkan berkata polis tidak mempunyai suspek dalam tahanan.
Terdahulu, pihak sekolah telah melaporkan bahawa seseorang telah ditahan.
Klip video telefon bimbit kejadian yang tular di media sosial menunjukkan Kirk, 31, bercakap di hadapan orang ramai di luar kampus di Orem, Utah, apabila bunyi tembakan kedengaran, menurut laporan Reuters.
Kirk menggerakkan tangannya ke lehernya ketika dia jatuh dari kerusinya, menyebabkan para hadirin berlari.
Dalam klip lain, darah boleh dilihat memancar dari leher Kirk sejurus selepas ditembak. Reuters belum mengesahkan ketulenan video itu.
Tembakan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan ke atas tokoh politik AS, termasuk dua percubaan pembunuhan Trump tahun lalu, yang telah menggariskan peningkatan mendadak dalam keganasan politik.

Kemunculan Kirk pada Rabu adalah yang pertama dalam 15 acara “American Comeback Tour” yang dirancang di universiti di seluruh negara.
Dia sering menggunakan acara sedemikian, yang biasanya menarik ramai pelajar, untuk menjemput hadirin berdebat secara langsung.
Beberapa saat sebelum dia ditembak, Kirk telah disoal siasat oleh ahli penonton mengenai keganasan senjata api, menurut beberapa video acara yang disiarkan dalam talian, lapor Reuters.
“Adakah anda tahu berapa ramai penembak massa yang ada di Amerika dalam tempoh 10 tahun yang lalu?” Kirk ditanya.
Dia membalas: “Kira atau tidak kira keganasan kumpulan?”
Dia ditembak beberapa saat kemudian.
Polis masih belum mengeluarkan sebarang butiran mengenai kemungkinan suspek.




