Mahkamah Moldova menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada pemimpin wilayah pro-Kremlin Evgenia Gutul pada Selasa kerana menyalurkan wang dari Rusia untuk membiayai parti politik, lapor Reuters.
Menurut Reuters, Gutul yang mengkritik sekeras-kerasnya kerajaan Moldova pro-Eropah sekarang dan sesekali melawat Moscow untuk bertemu pegawai tinggi, menafikan sebarang salah laku.
Dia dilaporkan diletakkan dalam senarai sekatan EU dan AS kerana disyaki menjejaskan kestabilan Moldova.
Pendakwa raya dipetik sebagai berkata Gutul secara sistematik menyalurkan dana tidak diisytiharkan ke Moldova dari 2019-2022 bagi membiayai parti “Shor” pro-Moscow yang kini diharamkan yang ditubuhkan oleh Ilan Shor, seorang ahli perniagaan pro-Rusia dalam buangan yang telah disabitkan kesalahan penipuan di Moldova.
Pendakwa raya menuntut hukuman penjara sembilan tahun untuk Gutul, laporan Reuters dipetik.
Kremlin dilaporkan mengecam hukuman itu sebagai bermotif politik dan menuduh Moldova menginjak-injak demokrasi.
Lebih 100 orang dilaporkan berkumpul di hadapan mahkamah di ibu negara Moldova, Chisinau bagi menyokong Gutul, pemimpin Gagauzia, sebuah wilayah autonomi kecil yang 140,000 penduduknya kebanyakannya adalah etnik Turk.
Orang ramai menuntut bebas untuk Gutul, melaungkan “Malu” dan mengkritik kerajaan.
Hukuman itu boleh dirayu, lapor Reuters.



