Pelapor PBB seru badan bola sepak Eropah usir Israel supaya sukan ‘bebas genosid’

Pelapor PBB seru badan bola sepak Eropah usir Israel supaya sukan ‘bebas genosid’

Pelapor khas PBB untuk hak asasi manusia di wilayah Palestin dilaporkan menggesa badan induk bola sepak Eropah (UEFA) pada Ahad untuk mengusir Israel daripada pertandingan kerana jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Jalur Gaza.

“Mari jadikan sukan bebas apartheid dan genosid. Satu bola, satu sepakan pada masa itu,” Francesca Albanese dipetik berkata pada akaun X, seperti dilaporkan Anadolu pada Ahad.

Seruan Albanese dibuat berikutan perpisahan UEFA kepada bekas pemain Palestin, Suleiman al-Obeid, yang dipanggil “Pelé Palestin”.

Obaid terbunuh pada Rabu, apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang menunggu penghantaran bantuan dekat tempat pengedaran di selatan Jalur Gaza, menurut Anadolu memetik Persatuan Bola Sepak Palestin.

“Masa untuk mengusir pembunuhnya daripada pertandingan, @UEFA,” pelapor PBB itu dipetik berkata.

Obaid, 41, dilahirkan di Gaza dan bapa kepada lima anak, dilihat sebagai antara bintang paling terang dalam sejarah bola sepak Palestin. Dia dikatakan bermain 24 perlawanan rasmi untuk pasukan kebangsaan dan menjaringkan dua gol.

Menurut Anadolu, memetik pegawai Palestin, lebih 800 atlet telah terkorban di Gaza sejak permulaan serangan Israel pada Okt 2023, ketika komuniti sukan terus menderita di bawah pengeboman, kebuluran, dan keruntuhan infrastruktur.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju