Orang awam terus disasarkan dalam perang Israel di Gaza, khemah dan kediaman dibom, dimusnahkan

Orang awam terus disasarkan dalam perang Israel di Gaza, khemah dan kediaman dibom, dimusnahkan

Orang awam Palestin terus menjadi mangsa kekejaman zionis apabila mereka disasarkan dalam perang hampir dua tahun yang kononnya pertentangan antara Israel dan militan Hamas.

Tiga orang awam Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada petang Rabu dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah khemah melindungi orang kehilangan tempat tinggal di bandar Gaza, lapor Agensi Berita & Info Palestin (WAFA) malam tadi.

Koresponden WAFA melaporkan tembakan Israel melanda khemah orang dipindahkan di kem pelarian (Pantai) Al-Shati di barat bandar Gaza, mengakibatkan kematian tiga orang awam terbabit.

Dalam serangan berasingan, pesawat perang Israel dilaporkan menyasarkan sekumpulan orang awam dekat Masjid Palestin di kejiranan Al-Rimal di bandar Gaza, membunuh dan mencederakan beberapa yang lain.

Menurut WAFA, seorang awam turut ditembak dan terbunuh oleh tembakan tentera Israel di jalan pantai di Beit Lahia, di utara jalur itu.

Sejak pagi Rabu, serangan udara Israel dilaporkan telah mengebom dan memusnahkan sebuah menara kediaman, lebih 10 rumah, dan berpuluh-puluh khemah yang melindungi keluarga kehilangan tempat tinggal, menyebabkan ratusan orang awam kehilangan tempat tinggal di seluruh bandar Gaza.

Artileri Israel juga meneruskan pengeboman ke kawasan timur Deir al-Balah di tengah Jalur Gaza, menurut laporan WAFA.

Menurut hospital di Gaza, sekurang-kurangnya 59 rakyat Palestin telah terbunuh sejak fajar Rabu, termasuk 38 di bandar Gaza sahaja.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju