Operator kilang terbunuh di Sepang mesin pengering meletup

SHAH ALAM – Seorang operator terbunuh dalam letupan mesin pengering di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kawasan Perindustrian Tanjung, Sepang, Sabtu lalu.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata kejadian jam 2.56 petang itu membabitkan lelaki warga asing yang melakukan kerja-kerja membasuh dan mengeringkan produk sarung tangan.

“Kemalangan berlaku ketika mangsa ditugaskan memasukkan produk sarung tangan ke dalam mesin pembasuh dan memindahkannya selepas siap dibasuh ke dalam mesin pengering.

“Setelah selesai, mangsa kembali semula ke mesin pengering untuk memeriksanya dengan memegang pada dinding pintu dengan menggunakan tangan.

“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selepas mangsa menekan `start button’, satu letupan berlaku di mana pintu mesin pengering terkena mangsa dan mengakibatkannya terpelanting.

“Operator itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta,” katanya.

Susulan itu, Jabatan JKKP Selangor berkata Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu dikeluarkan kepada majikan kilang itu bagi menghentikan serta-merta semua aktiviti kerja di situ sehingga siasatan selesai.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju