Nepal tetapkan pilihan raya Mac selepas namakan perdana menteri sementara

Presiden Nepal Ramchandra Paudel membubarkan parlimen dan menggesa diadakan pilihan raya baharu pada 5 Mac berikutan seminggu keganasan maut yang memuncak dengan pelantikan perdana menteri wanita pertama negara itu, lapor Reuters.

Kenyataan dari pejabat Paudel lewat Jumaat menurut Reuters datang hanya beberapa jam selepas beliau mengumumkan bekas Ketua Hakim Sushila Karki akan memimpin negara itu secara interim berikutan protes anti rasuah dipimpin “Gen Z” yang memaksa bekas Perdana Menteri K P Sharma Oli meletak jawatan.

Menurut kenyataan itu, presiden telah “membubarkan Dewan Rakyat” dan menetapkan 5 Mac tahun depan untuk pilihan raya.

Karki dilantik selepas dua hari rundingan sengit antara Paudel, ketua tentera Ashok Raj Sigdel dan pemimpin protes di sebalik pergolakan terburuk Nepal dalam beberapa tahun, di mana sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan lebih 1,300 cedera.

Jiran selatan Nepal, India, berkata ia berharap perkembangan itu akan membantu memupuk keamanan dan kestabilan.

“Tahniah setinggi-tingginya kepada Yang Berhormat Sushila Karki Ji kerana menyandang jawatan Perdana Menteri kerajaan sementara Nepal. India komited sepenuhnya terhadap keamanan, kemajuan dan kemakmuran saudara dan saudari Nepal,” Perdana Menteri India Narendra Modi dilaporkan sebagai berkata dalam catatan di X.

Protes di seluruh negara itu dicetuskan oleh larangan media sosial yang telah ditarik balik. Keganasan reda hanya selepas Oli meletak jawatan pada Selasa.

Nepal telah bergelut dengan ketidakstabilan politik dan ekonomi sejak pemansuhan monarkinya pada 2008, manakala kekurangan pekerjaan telah mendorong berjuta-juta anak muda untuk mencari kerja di negara lain seperti Timur Tengah, Korea Selatan dan Malaysia, menurut laporan Reuters.

Menjelang Sabtu keadaan kembali normal di negara dengan 30 juta orang itu yang terletak di antara China dan India, dengan kebanyakan bahagian ibu kota Kathmandu kedai dilihat dibuka semula dan kenderaan kembali ke jalan raya selepas beberapa perintah larangan berkuat kuasa sejak Selasa digantung.

Saudara-mara mangsa maut berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri di Kathmandu, menuntut status korban bagi mereka yang terbunuh – yang memberi pengiktirafan bahawa mereka mati dalam perkhidmatan negara mereka – dan pampasan.

Ada yang enggan mengambil mayat saudara mereka dari bilik mayat sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

“Saudara saya harus diisytiharkan sebagai syahid kerana dia mati untuk negara, dan kerajaan harus memberi pampasan kepada ibu bapa saya,” kata Sumitra Mahat, saudara kepada Umesh Mahat, 21, yang terbunuh semasa protes itu.

Dia bersama ahli keluarga lain berdiri di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan sepanduk yang memaparkan gambar beberapa orang yang maut. Kebanyakan berkata saudara mereka telah ditembak.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju