Mexico tiada bukti kaitan antara kartel dadah Mexico, Presiden Venezuela Nicolas Maduro

Mexico tiada bukti kaitan antara kartel dadah Mexico, Presiden Venezuela Nicolas Maduro

Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata kerajaannya tidak mempunyai bukti hubungan antara Kartel Sinaloa dan Presiden Venezuela Nicolas Maduro, seperti didakwa Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, lapor Anadolu.

Dakwaan yang mengaitkan Maduro dengan kartel dadah terbesar di Mexico dan Hemisfera Barat mengejutkan Mexico.

“Ini adalah kali pertama kami mendengar tentang isu ini. Tiada siasatan dari Mexico berkaitan dengannya,” Sheinbaum dipetik berkata.

“Seperti yang selalu kami katakan, jika mereka ada bukti, biarkan mereka tunjukkan. Kami tidak ada bukti berkaitan perkara itu,” katanya pada sidang akhbar seperti dilaporkan Anadolu.

Kerajaan Presiden AS Donald Trump dilaporkan menuduh Maduro sebagai ketua dadah antarabangsa, mengikatnya dengan organisasi jenayah transnasional seperti kumpulan Tren de Aragua Venezuela dan Sinaloa Cartel yang terkenal di Mexico.

Peguam Negara AS Pam Bondi dilaporkan mengumumkan di media sosial peningkatan ganjaran untuk maklumat yang boleh membawa kepada penahanan Maduro.

“Dia adalah salah seorang pengedar narkotik terbesar di dunia dan mengancam keselamatan negara kita. Oleh itu, kami menggandakan ganjarannya kepada $50 juta,” Bondi dipetik sebagai berkata.

Ganjaran itu dikatakan digandakan daripada $25 juta yang ditawarkan oleh AS pada Januari.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju