Menyamar ‘doktor’, perdaya gadis sunti serah gambar bogel

IPOH – Polis menyiasat dua laporan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa diperdaya menyerahkan gambar bogel kepada individu kononnya doktor melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, berkata siasatan awal mendapati mangsa menyerahkan beberapa keping gambar bogel selepas diperdaya suspek yang menyamar sebagai pegawai perubatan.

Beliau berkata, suspek dipercayai menghubungi mangsa melalui Telegram dan memperkenalkan diri sebagai doktor yang menjalankan pemeriksaan kesihatan.

“Mangsa diminta memberikan maklumat diri dan keluarga serta menghantar beberapa keping gambar tanpa pakaian kononnya bagi tujuan pemeriksaan kanser serviks dan payudara.

“Suspek menyatakan hanya perlu menggunakan gambar mangsa tanpa pemeriksaan secara fizikal. Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas itu dan membuat laporan polis kerana bimbang gambar-gambar peribadinya tersebar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbullah menasihatkan ibu bapa dan masyarakat lebih peka terhadap isu semasa berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali.

“Orang ramai juga disaran mengaktifkan ciri keselamatan two-step verification pada aplikasi Telegram sebagai langkah melindungi akaun media sosial dan platform komunikasi.

“Kita telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Munawarah di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis (IPD) Manjung di talian 05-688 6222, selain hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu siasatan.

BH ONLINE – BERNAMA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju