Menteri Pertahanan Ghana Edward Omane Boamah meninggal dunia dalam nahas helikopter tentera pada Rabu bersama empat pegawai lain dan tiga kru tentera udara, lapor Reuters memetik kerajaan.
Julius Debrah, ketua kakitangan Presiden John Mahama, dilaporkan memberitahu sidang akhbar, nahas Boamah; Menteri Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Ibrahim Murtala Muhammed dan yang lain terbunuh adalah tragedi negara.
“Presiden dan kerajaan mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga rakan seperjuangan kami dan anggota tentera yang terkorban dalam perkhidmatan kepada negara,” Debrah dipetik sebagai berkata.
Menurut Reuters, pihak berkuasa tidak segera memberi penjelasan mengenai punca nahas itu.
Sebelumnya, angkatan tentera Ghana dilaporkan berkata, hubungan radar telah hilang dengan helikopter tentera udara Z9.
Boamah, bekas menteri komunikasi, dipilih untuk berkhidmat sebagai menteri pertahanan pada Januari selepas Mahama kembali berkuasa.



