Menteri Luar Belanda letak jawatan selepas tindakan terhadap Israel disekat

Menteri Luar Belanda Caspar Veldkamp meletak jawatan selepas cadangannya untuk langkah tambahan terhadap Israel disekat oleh rakan pakatan, lapor Anadolu.

Veldkamp dipetik berkata kerajaan sudah mengambil langkah penting, tetapi dia merasakan tekanan untuk bertindak lebih lanjut berhubung situasi di bandar Gaza dan Tebing Barat.

Dengan pihak VVD dan BBB menentang sebarang langkah baharu, dia dipetik berkata dia tidak lagi percaya yang dia boleh melaksanakan rancangannya dan memutuskan untuk berundur.

Peletakan jawatan itu berikutan janji yang dibuat Veldkamp kepada Parlimen Belanda untuk memperkenalkan apa yang disebutnya langkah “perlu” terhadap Israel, satu langkah yang tidak diselaraskannya dengan rakan pakatannya.

Agensi PBB untuk pelarian Palestin mengesahkan pada Jumaat, kebuluran di Gaza sengaja disebabkan oleh kerajaan Israel, berikutan pengesahan rasmi oleh sistem pemantauan kelaparan global IPC disokong PBB.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju