Mahkamah Perlembagaan Thailand pecat Paetongtarn kerana langgar etika

Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Jumaat memecat Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra yang digantung daripada jawatan kerana melanggar perlembagaan berhubung perbualan telefonnya mengenai isu sempadan dengan Kemboja, lapor Xinhua.

Panel hakim dilaporkan bersetuju dengan enam undi berbanding tiga untuk melucutkan status jawatan perdana menteri, memutuskan tindakannya pelanggaran serius terhadap standard etika.

Mahkamah juga dilaporkan menyingkirkan kabinetnya, tetapi ahli yang selebihnya akan terus menjalankan tugas sementara sehingga kabinet baharu memegang jawatan.

Dalam ucapannya di rumah kerajaan berikutan keputusan itu, Paetongtarn dipetik berkata, dia dengan rendah hati menerima keputusan itu, menegaskan niatnya adalah untuk melindungi nyawa orang ramai semasa konflik sempadan.

Paetongtarn menekankan kepentingan kerjasama dalam kalangan semua pihak untuk memulihkan kestabilan politik dan mencegah gangguan mendadak yang serupa pada masa hadapan.

Dia turut melahirkan rasa terima kasih kepada semua rakyat Thailand yang memberi peluang untuk berkhidmat sebagai perdana menteri sepanjang tempoh hampir setahun dia berkhidmat.

Paetongtarn dilaporkan digantung bulan lalu sementara menunggu siasatan mahkamah berhubung panggilan telefonnya dengan Presiden Senat Kemboja Samdech Techo Hun Sen berhubung pertikaian sempadan, di mana rakaman audio itu dibocorkan dalam talian pada Jun.

Pada 1 Julai, mahkamah sembilan anggota dilaporkan sebulat suara bersetuju menerima petisyen daripada sekumpulan senator yang memohon pemecatan Paetongtarn, menuduhnya tidak berintegriti dan serius melanggar piawaian etika yang melanggar perlembagaan kerana kenyataan dibuatnya semasa perbualan.

Dalam sidang media berasingan, Timbalan Perdana Menteri Phumtham Wechayachai dipetik berkata, gabungan pemerintah kekal bersatu dalam peranannya sebagai kerajaan sementara bagi memastikan peralihan yang lancar dan tiada gangguan dalam menangani kebimbangan orang ramai.

“Kami telah bersetuju untuk terus membentuk kerajaan baharu, dengan Parti Pheu Thai menerajui, mengikut sepenuhnya prosedur demokrasi, membuka jalan kepada pemilihan perdana menteri baharu,” Phumtham dipetik berkata.

Kabinet dijadual mengadakan mesyuarat khas pada Sabtu untuk memilih perdana menteri sementara, dia dilaporkan berkata.

Menurut laporan Xinhua, Dewan Perwakilan akan mengundi perdana menteri baharu berdasarkan senarai calon yang dikemukakan sebelum pilihan raya umum Mei 2023.

Paetongtarn, pemimpin Parti Pheu Thai berusia 39 tahun dan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, dilantik Ogos lalu untuk menjadi perdana menteri wanita termuda dan kedua Thailand selepas memenangi undi parlimen.

Pelantikan itu dibuat selepas pendahulunya, Srettha Thavisin, dipecat oleh mahkamah yang sama kerana pelanggaran etika melibatkan pelantikan menteri kabinet dengan sabitan jenayah.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju