Lima remaja didakwa cela Zara Qairina tinggalkan mahkamah dengan kawalan ketat

Lima remaja yang didakwa mengeluarkan perkataan mencela Zara Qairina Mahathir, meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu menaiki kenderaan polis selepas selesai prosiding, hari ini, menurut laporan BH Online.

Kenderaan terbabit dilaporkan diiringi kawalan ketat polis sebaik keluar dari perkarangan mahkamah sebelum bergerak ke lokasi yang tidak didedahkan.

Suasana di luar kompleks mahkamah dilaporkan kekal terkawal dengan pemantauan rapi pasukan keselamatan.

Terdahulu, lima remaja yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak di Kota Kinabalu, pagi tadi dilaporkan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarham Zara Qairina.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, dipetik berkata setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, berserta RM1,000 sebagai deposit.

“Kes akan disebut semula pada 25 September,” dia dipetik berkata kepada pemberita di luar mahkamah, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, menurut laporan BH Online, kelima-lima tertuduh mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada jam 10 hingga 11 malam, 15 Julai 2025.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju