Lima anggota polis disyaki ugut wanita Taiwan, kertas siasatan dibuka

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap lima anggotanya yang disyaki terbabit dalam kejadian memeras ugut seorang wanita warga Taiwan di kawasan SS2, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata lima anggota terbabit telah ditahan sebelum ini, namun permohonan reman terhadap mereka ditolak mahkamah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan tatatertib juga dibuka sebagai siasatan selari.

“Setakat ini semua anggota terbabit telah ditukar ke penugasan lain sementara siasatan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Taiwan menerusi perkongsian di laman sosial, mendakwa diperas ugut semasa ditahan anggota polis ketika sekatan jalan raya di kawasan SS2, Petaling Jaya pada 7 Julai lepas.

Shahrulnizam berkata siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku ketika pemeriksaan sekatan jalan raya secara mengejut di lokasi berkenaan.

Beliau berkata pihaknya masih dalam proses untuk berhubung dengan mangsa kejadian bagi membantu siasatan.

BH ONLINE – BERNAMA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju