Sebuah trak tangki dilaporkan meletup dan membakar beberapa kenderaan di bawah jejantas lebuh raya Mexico City pada Rabu, mengorbankan tiga orang dan mencederakan 70 yang lain.
Menurut AP, kemalangan trak itu yang membawa lebih 13,000 gelen (49,500 liter) gasolin di lebuh raya utama menyebabkan api dan asap berkepul-kepul di selatan ibu negara.
Datuk Bandar Clara Brugada menyifatkan letupan itu sebagai “kecemasan” yang membakar hampir 30 kenderaan dan menyebabkan 19 daripada mereka cedera dalam keadaan teruk, termasuk pemandu trak. Antara yang cedera ialah seorang bayi dan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun.
Brugada dilaporkan berkata pihak pendakwa sedang menyiasat, tetapi nampaknya trak itu meletup selepas ia terbalik di lebuh raya.
“Ini adalah kemalangan yang mengerikan,” datuk bandar itu dilaporkan berkata di lokasi letupan.



