Lelaki terselamat dalam kejadian tembakan di hadapan sekolah

BUTTERWORTH – Seorang lelaki terselamat selepas pikap dinaikinya terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, di sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 40-an yang berada dalam kenderaan itu sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, datang individu tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan pada cermin kereta tempat duduk pemandu sebelum meloloskan diri.

Sehingga kini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar berhubung kejadian tembakan berkenaan di media sosial.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju