Sekurang-kurangnya 303 orang maut dalam kejadian hujan lebat, tanah runtuh, banjir kilat dan kejadian berkaitan hujan lain semasa musim monsun yang berterusan di negeri berbukit utara India Himachal Pradesh, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pengurusan bencana negeri itu dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, lapor Xinhua, sejak 20 Jun lalu, sekurang-kurangnya 155 orang maut akibat kejadian berkaitan hujan manakala 148 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika hujan lebat.
Dalam tempoh dua bulan lalu, musim tengkujuh menyebabkan kemusnahan meluas di Himachal Pradesh, menurut kenyataan itu, dengan daerah paling terjejas ialah Mandi dan Kangra.



