Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Jalur Gaza sejak tengah malam Sabtu hingga Ahad dilaporkan meningkat kepada lebih 30.
Agensi Berita & Info Palestin (WAFA) melaporkan, menurut rekod hospital, 26 mayat dipindahkan ke Kompleks Perubatan Al-Shifa, Hospital Al-Ahli Baptist (2), Hospital Al-Awda (1), dan Kompleks Perubatan Nasser (3).
Kematian berlaku ketika serangan Israel berterusan merentasi pelbagai kawasan di Jalur Gaza, dengan kawasan kejiranan bandar Gaza mengalami serangan paling teruk sejak fajar.




