Lapan bahaya dalam gelak tawa

Ketawa boleh menjadi terapi bagi meredakan tekanan, risau dan rasa gemuruh, sekali gus dapat memupuk sifat positif pada diri. Namun ia dalam konteks terkawal.

Ertinya, bukan ketawa berlebih-lebihan, asyik ketawa, banyak ketawa – sebab banyak ketawa boleh menjadikan hati tumpul, hilang tumpuan, tidak serius dalam sesuatu pekerjaan – jika dalam pelajaran boleh saja terabai, tidak tahu apa dipelajari – dan mungkin sebab itu sesetengah pelajar perangainya tidak berubah walaupun ke sekolah setiap hari, sebab banyak ketawa.

Orang dewasa pun begitu juga, sembang sedikit ketawa, cakap beberapa patah ketawa, dan ia amat dikesali jika berlaku di pentas tertentu, khususnya terkait keilmuan.

Abu Laits as-Samarqandi sebagaimana dipetik dalam tulisan menegaskan, berhati-hatilah anda daripada gelak tawa, kerana mengandungi lapan bahaya:

1. Dicela oleh ulama serta orang yang sopan dan sempurna akal.

2. Memberanikan orang bodoh (orang jahil) kepada anda.

3. Jika anda bodoh (jahil) nescaya bertambah kebodohan (kejahilan) anda dan anda alim berkurang ilmu anda, sebab ada riwayat – seorang alim jika bergelak tawa bererti telah memuntahkan ilmu.

4. Melupakan dosa lampau.

5. Memberanikan berbuat dosa di masa mendatang, sebab apabila bergelak tawa, hati anda membeku.

6. Melupakan mati dan akhirat.

7. Anda menanggung dosa orang yang bergelak tawa kerana gelak tawa anda.

8. Ketawa gelak-gelak menyebabkan banyak menangis di akhirat.

    JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
    Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
    AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
    Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju