Ketua penolong pegawai perubatan ditahan SPRM

LABUAN – Ketua penolong pegawai perubatan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kerja-kerja bagi syarikat milik isterinya.

Permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia lingkungan 50-an itu dibenarkan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad yang menetapkan reman selama empat hari sehingga 28 Julai bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, suspek ditahan di Pejabat SPRM Labuan Ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 5.40 petang semalam.

“Suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dengan mendapatkan kerja-kerja forwarding atau yang berkaitan pengurusan logistik di tempatnya bekerja sekitar 2023 dan 2024. Kerja-kerja yang melibatkan nilai kira-kira RM20,000 berkenaan diberikan kepada syarikat milik isterinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod ketika dihubungi, mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju