Kertas siasatan suami isteri jual kandungan porno dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan suami isteri yang disyaki merakam dan menjual kandungan porno di media sosial dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata kertas siasatan dilengkapkan dan dihantar ke TPR hari ini.

“Kedua-dua suspek kini masih dalam tahanan reman dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kedua-dua suspek berusia 34 tahun ditahan mengikut Seksyen 372 (1)(e), Seksyen 372B dan Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan suami isteri disyaki merakam dan menjual kandungan porno di media sosial ditahan menerusi serbuan di hotel di Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, bapa kepada empat anak itu disyaki turut melacurkan isterinya dengan harga kira-kira RM450 ke RM800 bagi satu sesi.

Menurutnya, pasangan itu menjual video porno terbabit menerusi saluran di Telegram pada harga RM50 bagi Private Channel Limited Content dan RM150 bagi Private Channel VVIP Unlimited Content.

“Pasangan itu menyasarkan pengguna X untuk menjual video lucah dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suami dan akan menggunakan Telegram sebagai medium perbualan.

“Pelanggan yang membeli atau melanggan video lucah akan diberikan pautan di Telegram untuk mendapatkan akses penuh kandungan lucah berkenaan,” katanya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju