JBPM siasat anggota bomba bantuan terpalit video lucah

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota bomba bantuan dikaitkan dengan video lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata walaupun individu dalam video berkenaan tidak memakai pakaian seragam, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan beberapa hantaran lain di akaun media sosial lelaki itu yang menunjukkan beliau berpakaian seragam bomba.

Unit Integriti JBPM telah diarahkan untuk menubuhkan pasukan siasatan bagi mengenal pasti punca penyebaran video tersebut serta mengesahkan identiti sebenar anggota terbabit.

“Jika siasatan mengesahkan pembabitan individu terbabit, tindakan penggantungan kerja boleh dilaksanakan serta-merta berdasarkan skim perkhidmatannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Madani Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) di Dewan Auditorium Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju