Jahil buat hidup terseksa, dibadai kecewa dan derita

Ada orang berkata, sebaik-baik anugerah adalah akal dan seburuk-buruk musibah adalah kebodohan.

Memang betul kata-kata itu, kerana bodoh atau jahil (tidak tahu), maka ia membawa malapetaka kepada hidup seseorang, komuniti atau lebih besar lagi sesebuah bangsa atau negara, bahkan dunia.

Dalam kehidupan hari ini, sesetengah orang mengalami kerugian, malapetaka, kerana tidak mempunyai pengetahuan. Mereka tidak dapat menandingi orang lain yang berpengetahuan, lebih liar, lebih licik, lebih kencang lariannya.

Jika kita tinjau penduduk global, tak sedikit yang tidak bernasib baik, menjadi subjek kepada puak berkepentingan. Mereka hidup dalam keadaan serba daif, sukar mendapatkan makanan dan tiada tempat kediaman sempurna.

Ambil contoh, rakyat Palestin di Gaza, berdasarkan laporan media, menjadi subjek kepada peluru dan bom ditembak Israel. Justeru kilang pembuatan senjata itu menjana wang melalui pembunuhan manusia – pekerja, CEO atau ketuanya dapat gaji hasil daripada pembunuhan manusia yang tidak bersalah – tiada hebatnya. Dan rakyat Palestin tidak dapat berbuat apa-apa, seperti kata hanya menunggu hari dan giliran.

Lebih dikesali apabila negara-negara mengelilingi Palestin yang tonggak bangsanya serupa – Arab – tidak dapat berbuat apa-apa. Sekadar cakap atau kecam, tidak bawa sebarang makna, walaupun berjela-jela.

Paksi masalah adalah jahil. Apabila jahil, manusia juga gagal memahami antara kebenaran dan kebatilan, mulia dan hina, bahagia dan sengsara, bahkan hidup dan mati – tidak dapat membezakannya. Rakyat Palestin maut, cedera setiap masa, pun orang sebangsa Arab masih berpeluk tubuh, hidup dalam selimut nafsi-nafsi. Jahil menyebabkan manusia buta mata hati.

Firman Tuhan diberikan maksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah).

“Dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); ‘mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’raf, ayat 179)

Sememangnya, kejahilan mencelakakan hidup manusia. Jika ditinjau kisah lampau iaitu kisah kaum Nabi Lut yang mempunyai nafsu songsang disifatkan sebagai kaum yang jahil. Akibatnya, mereka ditimpakan azab.

Firman Tuhan diberikan maksud: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) tatkala dia berkata kepada kaumnya: ‘Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, sedang kamu nampak kejinya.

‘Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu.

(Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya).

“Maka, kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata: ‘Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.

‘Lalu, Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya. Kami takdirkan dia daripada golongan yang tertinggal dalam azab.’” (Surah an-Naml, ayat 54 hingga 57)

Kejahilan juga menyebabkan manusia tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan sehingga sering mengikut lawan iaitu syaitan.

Firman Tuhan diberikan maksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.

“Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu! Amatlah buruknya bagi orang yang zalim; pengganti yang mereka pilih itu.” (Surah al-Kahfi, ayat 50)

Selepas mengetahui sedikit-sebanyak musibah kejahilan – ada takut, seram, putus asa, kecewa, lapar dan derita – apakah anda mahu terus kekal dalam kejahilan?

Kata Amr bin Qais: “Jika akalmu mengerti mengenai sesuatu yang tidak patut, maka barulah kamu boleh disifatkan sebagai orang yang berakal.”

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju