Itu sudah kira gila – Saifuddin

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan wujud kes seorang bayi berusia tiga bulan dirogol dan dirakam sebelum rakaman itu dijual.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, beliau menyifatkan kes berkenaan adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

“Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.

“Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau dek akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu.

“Itu sudah kira gila, ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya tanpa mendedahkan sama ada kes itu berlaku dalam negara atau sebaliknya.

Saifuddin berkata, pihaknya kini sedang merancang untuk memperkasakan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis berkenaan, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes terbabit, Saifuddin enggan memberi butiran.

Sementara itu, Saifuddin menegaskan, Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negara ini sebagai platform merekrut atau mengutip dana bagi aktiviti keganasan.

Mengulas mengenai kejayaan polis menumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh baru-baru ini, beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi jika ada aktiviti terbabit dikesan di negara ini biarpun sasaran kumpulan itu untuk menjatuhkan kerajaan negara asal mereka.

“Kejayaan ini menunjukkan bahawa tahap perisikan kita berada pada tahap yang terbaik.

“Kerana itu kita dapat menanganinya dan kita tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu terkait dengan keganasan seumpama ini,” katanya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju