Israel gugurkan 153 tan bom ke atas Gaza

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercakap gah pada Isnin, tenteranya menyerang Jalur Gaza dengan 153 tan bom, yang merupakan pengakuan melanggar perjanjian gencatan senjata, menurut berita Anadolu.

Bercakap pada pembukaan sesi musim sejuk Knesset, Netanyahu dilaporkan berdepan gangguan berulang daripada ahli parlimen pembangkang yang membantah dasar kerajaannya dan sengaja memanjangkan perang Israel di Gaza.

“Semasa gencatan senjata, dua askar gugur… Kami menyerang mereka dengan 153 tan bom dan menyerang berpuluh-puluh sasaran di seluruh Jalur Gaza,” dia dilaporkan berkata.

Pejabat media kerajaan Gaza melaporkan 80 pelanggaran gencatan senjata Israel sejak perjanjian tajaan AS berkuat kuasa pada 10 Oktober, mengakibatkan 97 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 44 pada Ahad sahaja, dan 230 yang lain cedera.

Tel Aviv mendakwa Hamas telah menyerang tenteranya di bandar selatan Rafah. Kumpulan Palestin telah menafikan sebarang penglibatan dan menegaskan komitmennya terhadap perjanjian gencatan senjata.

Perjanjian gencatan senjata itu diumumkan pada 10 Oktober, berdasarkan rancangan berperingkat yang dibentangkan oleh Presiden AS Donald Trump. Fasa pertama termasuk pembebasan tebusan Israel sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin.

Pelan itu juga membayangkan pembinaan semula Gaza dan penubuhan mekanisme pemerintahan baharu tanpa Hamas.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
PATTERN DailyL Minimalist Modern Anti Scratch L Shape Sofa 3 Seater Sofa Pet-Friendly Velvet Classic Living Room Sofa
PATTERN Design Ceramic Dining Table Dining Chair 1+4 | Set Meja Makan Kerusi Makan Meja Makan Marble
PATTERN Premium Long Bench Stool Storage Bench Chair Sofa Storage Stool Kerusi Panjang Simpanan
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju
KEK COKELAT MOIST FAMILY CORNER [700GRAM]
POLO HILL Ladies Preciosa Shoulder Sling Bag PHC-HB2056 (Black/Brown)
POLO HILL Ladies Summer Crossbody Sling Bag PHC-HB2290
P58 READY STOCK UNIQ Short Purse Lady Women’s Multi-slot Card Holder Coin Zip Purse Woman Wallet Dompet Wanita
JEEP Men’s Long Wallet Business PU Leather Multi-Card Slot Large Capacity Coin Purse Men’s Clutch Dompet Panjang男长款钱包手拿包
SOUK SARUNG MOSCREPE SLIM FIT AWANING LAZY LIPAT KAIN MOSCRAPE PREMIUM SIZE S-M-L-XL
Palazzo cotton Women Palazzo Kain High class Good quality Cotton palazzo
《 𝗢𝗡𝗘 𝗙𝗜𝗧𝗦 𝗔𝗟𝗟 》Raincoat Waterproof EVA Unisex Outdoor Jacket Poncho Rainsuit Baju Hujan 雨衣 NWD
【5 Size】Motorcycle Rain Coat Waterproof Baju Hujan Motor Bicycle Outdoor Raincoat Motorbike Rainsuit 雨衣
YAMAHA HONDA Raincoat with Pants Baju Hujan dan Seluar Motor 1 Layer Waterproof Rain Coat 雨衣套装
[WATERPROOF] Hoodie Boleh Tanggal Topi Water-Resistant Windbreaker Unisex Bomber Jacket EX