Iran kata 71 terbunuh dalam serangan Israel ke atas Penjara Evin

DUBAI, 29 Jun – Serangan Israel ke atas Penjara Evin di ibu negara Iran, Tehran pada 23 Jun lalu membunuh 71 orang, kata jurucakap badan kehakiman Iran Asghar Jahangir pada Ahad.

Pada penghujung perang udara dengan Iran, Israel menyerang penjara paling terkenal untuk tahanan politik di Tehran, dalam demonstrasi bahawa ia memperluaskan sasarannya melangkaui tapak tentera dan nuklear menyasarkan simbol sistem pemerintahan Iran.

“Dalam serangan ke atas penjara Evin, 71 orang terkorban termasuk kakitangan pentadbiran, pemuda yang menjalankan perkhidmatan ketenteraan mereka, tahanan, ahli keluarga tahanan yang melawat mereka dan jiran yang tinggal di sekitar penjara,” kata Jahangir dalam kenyataan yang disiarkan di media kehakiman Mizan.

Jahangir sebelum ini berkata bahawa sebahagian daripada bangunan pentadbiran penjara Evin telah rosak dalam serangan itu dan orang ramai terbunuh serta cedera. Badan kehakiman menambah bahawa baki tahanan telah dipindahkan ke penjara lain di wilayah Tehran.

Penjara Evin menahan sejumlah warga asing, termasuk dua warga Perancis yang ditahan selama tiga tahun.

“Serangan yang menyasarkan penjara Evin di Tehran, meletakkan warga kami Cecile Kohler dan Jacques Paris dalam bahaya. Ia tidak boleh diterima,” kata Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot di media sosial X selepas serangan itu.

REUTERS

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju