Hujan lebat di Niger sejak awal 2025 menyebabkan 47 orang maut dan 70 yang lain cedera setakat 20 Ogos, lapor Xinhua memetik Direktorat Am Perlindungan Awam (DGPC) pada Rabu.
Mangsa meninggal dunia akibat keruntuhan rumah mereka – kebanyakannya dibina dengan tanah liat – atau akibat lemas,
Hujan lebat juga telah menjejaskan 7,754 isi rumah dan membunuh 257 ternakan, menurut DGPC.
Pada 2024, hujan lebat di negara Afrika Barat itu mengakibatkan 396 kematian, menjejaskan 206,474 isi rumah, dan memusnahkan 158,767 rumah.



