Rudy Giuliani, bekas peguam untuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dibawa ke hospital dengan patah tulang selepas keretanya “dilanggar dari belakang dengan kelajuan tinggi” di New Hampshire, kata jurucakapnya pada Ahad, menurut laporan Anadolu.
Jurucakap Giuliani, Michael Ragusa, berkata, dia didapati dengan “patah tulang belakang toraks, pelbagai luka dan lebam, serta kecederaan pada lengan kiri dan kaki bawahnya,” menurut CBC News dipetik Anadolu.
Kemalangan dikatakan berlaku malam Sabtu.
Ragusa dilaporkan berkata sebelum kemalangan itu, Giuliani terhenti oleh seorang wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dia “memberi bantuan” menghubungi 911, dan “kekal di tempat kejadian bersama wanita itu sehingga pegawai yang bertindak balas tiba untuk memastikan keselamatan wanita terbabit.”
Bagaimana insiden itu berkaitan dengan kemalangan kereta yang mencederakan bekas datuk bandar itu masih tidak jelas.
Dia dipetik berkata “datuk bandar Amerika” mungkin akan tinggal di hospital kawasan Manchester selama dua hingga tiga hari lagi sebelum memakai pendakap untuk tulang belakangnya yang patah.
Giuliani menjadi terkenal sebagai pendakwa raya New York pada 1980-an dan kemudiannya berkhidmat dua penggal sebagai datuk bandar. Dia bertanding jawatan presiden pada 2008 dan kemudiannya menjadi penasihat Presiden Trump.




