VLADIVOSTOK – Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah selatan Rusia di Altai awal pagi Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan, sambil menambah bahawa tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan.
Gempa itu direkodkan pada 04:48 pagi waktu tempatan (0148 GMT). Pusat gempa terletak kira-kira 282 km tenggara ibu kota Republik Altai, kira-kira 28 km barat kampung Kosh-Agach, menurut Akademi Sains Rusia.
Kementerian Situasi Kecemasan Rusia di Republik Altai menyatakan gempa itu dirasai di seluruh Republik Altai.
XINHUA