Gempa bumi 6.1 magnitud dilaporkan landa barat Turki

Gempa bumi 6.1 magnitud dilaporkan landa barat Turki

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda barat Turki pada Ahad, lapor Reuters memetik pihak berkuasa pengurusan bencana AFAD negara itu.

AFAD dilaporkan berkata, gempa itu berlaku kira-kira jam 7:53 malam waktu tempatan di wilayah Balikesir, dekat bandar terbesar Turki, Istanbul, tetapi tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan di mana-mana wilayah terjejas.

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya dipetik berkata di X, pasukan kecemasan dari AFAD telah memulakan pemeriksaan di sekitar Istanbul dan wilayah jiran tetapi tiada laporan negatif diterima setakat ini.

AFAD dilaporkan berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 11 km (6.8 batu), manakala Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) mencatatkan magnitud gempa bumi pada 6.19 dan kedalaman 10 km.

Menurut Anadolu, Ali Yerlikaya berkata, dalam penilaian awal, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tetapi sebuah bangunan runtuh di Sindirgi (di wilayah Balikesir).

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju