Gaza: Orang awam terbunuh, cedera sejak fajar dalam pengeboman berterusan Israel

Sebilangan rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan cedera sejak fajar Isnin dalam pengeboman berterusan Israel di Jalur Gaza.

Agensi Berita & Info Palestin (WAFA), memetik sumber perubatan, melaporkan sebilangan rakyat terbunuh dan yang lain cedera apabila pesawat Israel mengebom rumah keluarga Al-Deiri di Jalan Al-Maghribi di kejiranan Al-Sabra, selatan bandar Gaza.

Menurutnya, sumber yang sama menambah, seorang kanak-kanak terbunuh dan yang lain cedera apabila pendudukan Israel mengebom sebuah kenderaan di timur pekan Al-Zawaida, tengah Jalur Gaza.

Menurut saksi mata, lapor WAFA, beberapa orang masih terperangkap di dalam menara kejiranan Tal Al-Hawa di bandar Gaza, bertepatan dengan pengeboman udara dan artileri serta operasi pengeboman yang dilakukan oleh pendudukan selama beberapa hari.

Menurut WAFA, pencerobohan Israel di Jalur Gaza sejak Oktober 2023 telah mengakibatkan pembunuhan 65,283 rakyat, majoritinya kanak-kanak dan wanita, manakala 166,575 yang lain cedera.

Sebilangan mangsa dikatakan kekal di bawah runtuhan dan di jalan-jalan, tidak dapat dihubungi oleh ambulans dan kru penyelamat.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju