
ISTANBUL – Gabungan Freedom Flotilla (FFC) mengumumkan pada Khamis, ia terputus hubungan dengan “Handala” sebuah kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai sebahagian daripada misi kumpulan itu untuk memecahkan sekatan Israel.
Menurut kenyataan disiarkan di saluran Telegram rasmi gabungan itu, kumpulan itu berkata: “Semua komunikasi dengan kru ‘Handala telah tersekat.”
“Kami terputus semua hubungan dengan kru kami, dan terdapat beberapa dron dekat kapal itu,” katanya.
“Ini bermakna mereka mungkin telah dipintas atau diserang.”
Tiada butiran lanjut tersedia mengenai lokasi tepat kapal itu, status krunya, atau pengesahan campur tangan Israel.
ANADOLU, 24.7.2025



