Flotila Sumud Global bersiap dari “pelabuhan selamat” di pulau Greece menuju ke Gaza

Flotila Sumud Global bersiap dari “pelabuhan selamat” di pulau Greece menuju ke Gaza

Flotila Sumud Global berkata pada Jumaat ia sedang bersiap sedia untuk berlepas dari pantai pulau Crete, Greece pada pusingan terakhirnya menuju ke Gaza, lapor Anadolu.

Bagaimanapun, flotila itu juga mengakui “kemunduran besar” selepas salah satu kapal utamanya mengalami kegagalan mekanikal.

“Namun begitu, para peserta di atas kapal tetap tidak berputus asa dan komited dengan misi ini,” katanya dalam satu kenyataan media sosial.

“Masing-masing telah diperuntukkan semula, membawa kepakaran pelayaran, kemahiran komunikasi, dan penyelarasan diplomatik mereka kepada kapal baharu – besar dan kecil – yang akan membawa mereka ke pantai Gaza.

“Pusat operasi flotilla kekal utuh,” tambahnya.

Hassan Masoud, koresponden Al Jazeera di atas kapal, dilaporkan berkata enam lagi kapal Greece dijangka menyertai flotila dalam perjalanannya.

Pada malam Khamis, penganjur berkata mereka menjangka untuk sampai ke Gaza dalam tempoh lima hingga lapan hari.

Thiago Avila, salah seorang penganjur, dilaporkan berkata Crete adalah “pelabuhan selamat” terakhir dan memberi peserta pilihan untuk berpindah ke kru darat.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan pertubuhan itu di media sosial, tiada seorang pun peserta memilih untuk keluar.

Flotila Sumud Global, terdiri daripada kira-kira 50 kapal, berlayar awal bulan ini untuk memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan, ke Jalur Gaza.

Sebuah kapal perang Tentera Laut Sepanyol berlepas awal Jumaat dari pelabuhan Cartagena untuk memberikan sokongan kepada flotila itu berikutan serangan dron baru-baru ini ke atas kapal terbabit, lapor Anadolu memetik media tempatan.

Langkah Madrid berikutan keputusan Itali menghantar kapal frigat untuk melindungi warganya yang menyertai misi itu, termasuk kapal dari negara seperti Itali, Greece dan Tunisia.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju