GAZA, 20 Julai 2025 – Enam rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Ahad berikutan beberapa siri serangan udara dan tembakan Israel menyasarkan bandar Gaza dan utara Jalur Gaza.
Menurut sumber perubatan, enam orang awam disahkan terbunuh dalam pelbagai serangan udara dilancarkan sejak fajar di seluruh bandar Gaza dan daerah Gaza Utara.
Antara mangsa ialah tiga orang terbunuh apabila dron Israel menjatuhkan bom dekat kawasan kolam Sheikh Radwan, yang terletak di bahagian utara bandar Gaza.
Selain serangan udara, tentera Israel meletupkan beberapa rumah kediaman di kawasan kejiranan Al-Shuja’iya di timur bandar Gaza.
Sementara itu, artileri Israel membedil kawasan kejiranan timur bandar Gaza, serentak dengan tembakan dari kapal tentera laut Israel yang menyasarkan nelayan Palestin di luar pantai Al-Qarara, barat Khan Younis di selatan Gaza.
WAFA



