Empat rakyat Palestin terbunuh pada Khamis di kem pelarian Al-Bureij di tengah Jalur Gaza ketika tentera pendudukan Israel meningkatkan pencerobohan ke atas bandar Gaza, menurut laporan WAFA.
Mereka dilaporkan meningkatkan pengeboman udara dan artileri serta meletupkan dan memusnahkan rumah, sekali gus memaksa penduduk Gaza meninggalkan bandar itu.
Koresponden WAFA dilaporkan berkata, empat rakyat terbunuh dan 10 lagi cedera apabila pesawat Israel mengebom sebuah rumah di kawasan Blok 7 kem pelarian Al-Bureij, tengah Jalur Gaza.
Menurutnya, pasukan pendudukan menjalankan operasi untuk memusnahkan infrastruktur dan merobohkan bangunan kediaman di selatan dan utara bandar Gaza, memaksa rakyat melarikan diri ke bahagian selatan jalur itu.
Menurut WAFA, sumber perubatan mengumumkan malam tadi, 99 rakyat terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh pendudukan Israel di Jalur Gaza dalam tempoh 24 jam sebelumnya, termasuk 77 korban di utara Jalur Gaza.



