Empat orang ditikam dekat pusat beli-belah di Tampere, Finland

Empat orang ditikam dekat pusat beli-belah di Tampere, Finland

STOCKHOLM, 3 Julai – Empat orang cedera dalam serangan tikaman dekat pusat beli-belah di bandar Tampere, Finland pada Khamis dan seorang telah ditahan, tetapi tiada tanda motif pengganas atau perkauman dalam kejadian itu, kata polis.

Kenyataan polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai kecederaan akibat serangan di bandar ketiga terbesar di negara Nordic itu tetapi berkata keadaan terkawal dan tiada lagi ancaman kepada orang ramai.

“Menurut maklumat semasa (kami), tidak ada sebab untuk mengesyaki perbuatan itu mempunyai motif pengganas atau perkauman,” kata polis kemudian dalam kemas kini yang tidak memberikan maklumat mengenai suspek yang ditahan.

REUTERS

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju