Dua terbunuh dalam serangan dron Ukraine di Tula, Rusia

Dua orang maut di wilayah Tula akibat serangan dron Ukraine yang turut menyasarkan Moscow dan wilayah Rusia yang lain, lapor Reuters memetik pegawai wilayah Rusia dan kementerian pertahanan lewat Ahad.

Dua orang juga telah dimasukkan ke hospital berikutan serangan ke atas wilayah Tula yang bersempadan dengan wilayah Moscow di utaranya, Gabenor Tula Dmitry Milyaev dipetik berkata menerusi aplikasi pemesejan Telegram.

Kementerian pertahanan Rusia dilaporkan berkata, unit pertahanan udaranya memusnahkan 27 dron Ukraine dalam tempoh tiga jam lewat Ahad, termasuk 11 di wilayah Tula, satu di wilayah Moscow dan selebihnya di empat wilayah lain di selatan dan barat Rusia.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju