Dalang 6 kes samun ragut di Kota Bharu ditahan semalam

KOTA BHARU – Seorang pemuda yang disyaki mendalangi enam kes samun ragut di sekitar daerah ini ditahan di sebuah rumah di sini, jam 9 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata ketika penahanan suspek berusia 20an itu, pihaknya turut merampas empat barangan berkaitan kes berupa sebuah motosikal dan pakaian.

Katanya, siasatan mendapati kejadian terbaru samun ragut dipercayai didalangi suspek berkenaan adalah petang kelmarin membabitkan mangsa seorang wanita.

“Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang berjalan di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasaraya sebelum beg tangannya diragut suspek yang menunggang motosikal.

“Susulan kejadian itu, peragut berkenaan kemudian berjaya ditahan di sebuah rumah di bandar ini selain merampas motosikal dan pakaian. Hasil soal siasat, suspek turut terbabit dengan lima kes lain berkaitan samun ragut di daerah ini,” katanya.

Mohd Rosdi berkata kes samun ragut terbaru itu dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam hasil risikan pihaknya dan maklumat awam.

“Tangkapan terhadap suspek juga berjaya menyelesaikan enam kes samun ragut di daerah ini,” katanya.

BH ONLINE

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju