Bumbung sekolah runtuh di barat India membunuh 7 kanak-kanak dan mencederakan sekurang-kurangnya 21

NEW DELHI – Bumbung bangunan sekolah menengah kerajaan runtuh pada Jumaat di negeri Rajasthan, barat India, membunuh tujuh kanak-kanak dan mencederakan sekurang-kurangnya 21, kata seorang pegawai kanan polis.

Keruntuhan berlaku sejurus selepas pelajar sampai ke bilik darjah mereka dan hendak memulakan perhimpunan sekolah, kata pegawai polis Amit Kumar.

Masih tidak jelas punca bumbung runtuh.

Ibu bapa, guru dan penduduk tempatan yang panik segera menyertai usaha menyelamat, menyisih timbunan serpihan untuk mengeluarkan pelajar yang terperangkap, lapor media tempatan.

Pegawai tempatan Ajay Singh berkata kemalangan itu akan disiasat, menurut Press Trust of India.
Tambahnya, walaupun pentadbiran daerah baru-baru ini meminta senarai bangunan sekolah usang daripada jabatan pendidikan, sekolah ini tidak ada di dalamnya.

Sekolah yang terletak di perkampungan Piplod daerah Jhalawar itu mempunyai pelajar yang belajar sehingga darjah lapan, atau yang dipanggil sekolah menengah di India.

Seramai sekitar 35 pelajar ada ketika bumbung tersebut runtuh. Semua tujuh maut adalah pelajar dari gred tujuh dan lapan, kata Kumar. Mangsa yang cedera telah dibawa ke dua hospital tempatan untuk rawatan.

AP

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju