Boeing 787 Hainan Airlines berpatah balik ke Rom selepas enjin terbakar

ROME — Enjin kanan sebuah Boeing, 787-9 Dreamliner dikendalikan penerbangan China Hainan Airlines, terbakar sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Fiumicino Rom pagi ini, kata seorang pegawai lapangan terbang Itali.

Pesawat itu, menuju ke bandar Shenzhen, China, berpatah balik dan mendarat dengan selamat selepas membuang bahan api ke laut.

Punca kebakaran tidak jelas, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa tiada kelewatan kepada trafik udara di Fiumicino.

REUTERS