Berpuluh-puluh maut di Nepal ketika hujan lebat cetus tanah runtuh, banjir kilat

Tanah runtuh dan banjir kilat, yang dicetuskan oleh hujan lebat, dilaporkan menyebabkan berpuluh-puluh orang terkorban, menyekat jalan dan menghanyutkan jambatan di Nepal.

Al Jazeera memetik Kalidas Dhauboji, jurucakap Pasukan Polis Bersenjata pada Ahad, melaporkan 35 orang terbunuh dalam tanah runtuh berasingan di daerah Ilam di timur bersempadan dengan India.

Sembilan orang hilang selepas dihanyutkan banjir sejak Jumaat dan tiga lagi terbunuh dalam serangan kilat di tempat lain di Nepal, tambahnya, ketika hujan lebat tanpa henti melanda kawasan timur dan tengah negara Himalaya itu.

“Usaha menyelamat untuk orang hilang sedang dijalankan,” kata Shanti Mahat, jurucakap Pihak Berkuasa Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan di Nepal.

Kementerian Dalam Negeri telah mengisytiharkan Isnin dan Selasa sebagai cuti umum di seluruh negara, mengecualikan perkhidmatan kecemasan dan pasukan tindak balas bencana, ketika kerajaan memerangi krisis.

Jurucakap kerajaan Rameshwar Dangal memetik ramalan hujan lebat sebagai justifikasi untuk langkah luar biasa itu.

Pihak berkuasa meteorologi juga telah meletakkan lebih sedozen daerah dalam keadaan berjaga-jaga, dengan ketua jabatan Kamal Ram Joshi memberi amaran kepada penduduk berhampiran laluan air supaya segera berpindah, menurut Al Jazeera memetik laporan akhbar The Kathmandu Post.

Amaran itu meliputi pusat penduduk utama, termasuk sebahagian daripada ibu negara, Kathmandu, dengan wilayah Bagmati, Gandaki, Lumbini dan Madhesh dijangka menanggung beban hujan yang berterusan hingga pagi Isnin.

Infrastruktur pengangkutan telah mengalami kerosakan yang besar, dengan tanah runtuh memutuskan semua laluan utama ke Kathmandu.

Lebuhraya Araniko yang menghubungkan Kathmandu ke sempadan China tersekat selepas jalan runtuh di beberapa titik, manakala Lebuhraya BP yang menghubungkan kawasan timur tertimbus di bawah runtuhan.

Di wilayah bukit timur India di Darjeeling di negeri Bengal Barat, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat, Al Jazeera memetik laporan media tempatan.

“Tujuh mayat telah ditemui daripada serpihan. Kami mempunyai maklumat mengenai dua orang lagi. Kerja sedang dilakukan untuk menemukan mayat mereka juga,” kata Abhishek Roy, seorang pegawai polis daerah Darjeeling pada Ahad, Al Jazeera memetik laporan agensi berita Reuters.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
PATTERN DailyL Minimalist Modern Anti Scratch L Shape Sofa 3 Seater Sofa Pet-Friendly Velvet Classic Living Room Sofa
PATTERN Design Ceramic Dining Table Dining Chair 1+4 | Set Meja Makan Kerusi Makan Meja Makan Marble
PATTERN Premium Long Bench Stool Storage Bench Chair Sofa Storage Stool Kerusi Panjang Simpanan
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju
KEK COKELAT MOIST FAMILY CORNER [700GRAM]
POLO HILL Ladies Preciosa Shoulder Sling Bag PHC-HB2056 (Black/Brown)
POLO HILL Ladies Summer Crossbody Sling Bag PHC-HB2290
P58 READY STOCK UNIQ Short Purse Lady Women’s Multi-slot Card Holder Coin Zip Purse Woman Wallet Dompet Wanita
JEEP Men’s Long Wallet Business PU Leather Multi-Card Slot Large Capacity Coin Purse Men’s Clutch Dompet Panjang男长款钱包手拿包
SOUK SARUNG MOSCREPE SLIM FIT AWANING LAZY LIPAT KAIN MOSCRAPE PREMIUM SIZE S-M-L-XL
Palazzo cotton Women Palazzo Kain High class Good quality Cotton palazzo
《 𝗢𝗡𝗘 𝗙𝗜𝗧𝗦 𝗔𝗟𝗟 》Raincoat Waterproof EVA Unisex Outdoor Jacket Poncho Rainsuit Baju Hujan 雨衣 NWD
【5 Size】Motorcycle Rain Coat Waterproof Baju Hujan Motor Bicycle Outdoor Raincoat Motorbike Rainsuit 雨衣
YAMAHA HONDA Raincoat with Pants Baju Hujan dan Seluar Motor 1 Layer Waterproof Rain Coat 雨衣套装
[WATERPROOF] Hoodie Boleh Tanggal Topi Water-Resistant Windbreaker Unisex Bomber Jacket EX