Bekas perdana menteri Chad, Succes Masra dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh mahkamah jenayah pada Sabtu di ibu negara N’Djamena, lapor Xinhua.
Masra didapati bersalah menghasut orang ramai kepada kebencian dan permusuhan, menurut keputusan yang diputuskan oleh mahkamah jenayah Chad.
Peguam Masra menyifatkan keputusan itu sebagai “menghinakan” dan berkata mereka akan merayu.
Masra ditahan pada Mei selepas siasatan kerajaan mendakwa dia menghasut orang ramai untuk melakukan keganasan, yang menyebabkan kematian 42 orang dalam pertempuran di kampung Mandakao di wilayah barat daya di Logone Occidental.
Masra, presiden parti politik pembangkang The Transformers, dibuang negeri pada 2022 tetapi kemudiannya kembali dan dilantik sebagai perdana menteri oleh Presiden Mahamat Idriss Deby Itno.
Selepas berkhidmat sebagai perdana menteri selama lima bulan pada 2024, Masra meletak jawatan untuk memberi laluan kepada pembentukan kerajaan baharu.



