BERLIN – Beberapa orang cedera, termasuk dua dimasukkan ke hospital, dalam serangan pisau rambang di barat Berlin menjelang Tahun Baharu, lapor polis Jerman pada Selasa.
Insiden itu berlaku sekitar 11:50 pagi di luar sebuah pasar raya di Charlottenburg, sebuah daerah yang biasanya tenang di ibu negara, menurut akhbar Jerman Bild.
Saksi berkata, penyerang itu menikam sembarangan sebelum beberapa orang yang lalu-lalang campur tangan dan menundukkannya.
Perkhidmatan kecemasan bertindak balas tidak lama selepas itu, dan suspek telah dibawa ke dalam tahanan polis. Agensi berita Jerman dpa melaporkan pada masa ini tiada petunjuk motif pengganas di sebalik serangan itu.
Polis masih belum mengeluarkan butiran lanjut mengenai kejadian atau mangsa, dan siasatan sedang dijalankan.
XINHUA