Banjir landa barat Venezuela

CARACAS, 29 Jun – Hujan lebat terus melanda barat Venezuela, dengan sungai melimpah di beberapa negeri dan ratusan rumah rosak, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Di negeri barat di Merida, Gabenor Arnaldo Sanchez berkata sekurang-kurangnya 370 rumah terjejas akibat hujan dan banjir, dengan 103 rumah musnah.

Sanchez berkata di media sosial, sekurang-kurangnya 2 tan bekalan telah diagihkan kepada komuniti terjejas di tanah tinggi Andes, menambah pasukan keselamatan dan anggota Perlindungan Awam bergegas memberikan bantuan.

Di negeri barat laut di Zulia, Gabenor Luis Caldera memberitahu Venezolana de Television dikendalikan kerajaan bahawa pegawai sedang membantu 16 komuniti terjejas akibat banjir dari Sungai Chama yang melimpah.

Dia berkata penduduk di kawasan terjejas menerima makanan, air minuman, khemah dan bekalan keperluan lain.

Sementara itu, di negeri Apure, datuk bandar Jackson Barbosa berkata akses kepada komuniti di pekan Andres Eloy Blanco telah terputus selepas dua sungai melimpahi tebingnya.

XINHUA

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju