Bangladesh ratap 31 maut dalam nahas jet ketika pelajar protes tuntut akauntabiliti

DHAKA, Bangladesh – Beratus-ratus pelajar memprotes dekat lokasi nahas jet latihan tentera udara Bangladesh dalam sebuah sekolah di ibu negara, menuntut akauntabiliti (kebertanggungjawaban), pampasan untuk keluarga mangsa dan menghentikan penerbangan latihan.

Angka kematian akibat nahas itu meningkat kepada 31 pada Selasa, termasuk sekurang-kurangnya 25 pelajar, seorang guru yang maut akibat kecederaan lecur dialaminya ketika membantu orang lain keluar dari bangunan yang terbakar, dan juruterbang pesawat latihan.

Anggota bomba terus mengamankan tapak di kejiranan Uttara yang padat penduduk di Dhaka sementara tentera melancarkan siasatan. Pihak berkuasa penerbangan awam negara itu tidak terlibat dalam siasatan secara langsung.

Bangladesh mengisytiharkan Selasa sebagai hari perkabungan negara, dengan bendera berkibar separuh tiang di seluruh negara.

Nahas pada Isnin di Sekolah dan Kolej Milestone menyebabkan kebakaran yang memusnahkan bangunan sekolah dua tingkat itu. Pegawai berkata 171 orang, kebanyakannya pelajar dan ramai yang melecur, diselamatkan dan dibawa pergi dengan helikopter, ambulans, beca bermotor dan dalam pelukan anggota bomba dan ibu bapa.

Pelajar yang memprotes menuntut penerbitan “tepat” identiti mereka yang mati dan cedera, pampasan untuk keluarga mereka, dan menghentikan serta-merta penggunaan pesawat latihan “lapuk dan tidak selamat” oleh tentera udara Bangladesh. Mereka melaungkan slogan dan menuduh pegawai keselamatan memukul mereka dan memperdaya guru pada Isnin.

AP

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju