Australia iktiraf negara Palestin

Australia iktiraf negara Palestin

Australia pada Ahad secara rasmi mengiktiraf kenegaraan Palestin, kata Perdana Menteri Anthony Albanese, menurut laporan Anadolu.

“Berkuat kuasa hari ini, Ahad 21 September 2025, Komanwel Australia secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” kata Albanese dalam satu kenyataan yang dikongsi di X.

Albanese berkata, bahawa dengan langkah ini, Australia “mengiktiraf aspirasi yang sah dan lama dipegang oleh rakyat Palestin untuk sebuah negara mereka sendiri”.

Pengiktirafan Canberra terhadap Palestin adalah seiring dengan keputusan Kanada dan United Kingdom, kata Albanese, sambil menambah bahawa ia adalah sebahagian daripada “usaha antarabangsa yang diselaraskan untuk membina momentum baharu bagi penyelesaian dua negara”.

Pengiktirafan negara Palestin yang merdeka datang ketika perang genosid Israel di Gaza telah membunuh lebih 65,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak Okt 2023.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju