SEOUL, 20 Julai – Dua orang maut dan lima hilang di daerah Gapyeong di Korea Selatan pada Ahad, selepas tanah runtuh melanda rumah dan tapak perkhemahan serta banjir menghanyutkan kenderaan ketika hujan lebat.
Ini menjadikan jumlah kematian di seluruh negara kepada 17 dengan 11 orang hilang sejak hujan bermula pada Rabu, memaksa lebih 13,000 orang berpindah.
Tanah runtuh melanda tapak perkhemahan di Gapyeong, menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an maut, dua ahli keluarga hilang dan 24 orang lain terkandas, kata pihak berkuasa bomba.
Seorang telah diselamatkan dekat tapak perkhemahan melalui zip-line di seberang sungai yang bergelora, menurut rakaman dikeluarkan oleh pegawai bomba. Dalam video lain, sebuah helikopter dilihat membawa seseorang ke tempat yang selamat.
REUTERS



